Tuesday, October 26, 2010

MINGGU 12: JURNAL REFLEKSI



Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera...

Penulisan jurnal refleksi pada minggu ini sudah masuk minggu ke-12. Bererti ada lagi dua minggu untuk kita menghabiskan subjek 'Malaysian Traditional Music' pada semester ini. Bagitu cepat masa berlalu, bukan? Sepanjang minggu ini, kesibukan akan beransur pergi kerana saya dan rakan-rakan yang lain sudah menjalani Penilaian Akhir untuk subjek 'Instrumental Ensemble III dan 'Composition'. Tahniah dan syabas kepada mereka yang terlibat kerana telah berjaya melakukan yang terbaik untuk penilaian akhir ini.

Baiklah, pada minggu ini, kuliah masih lagi berjalan seperti biasa. Tajuk kuliah pada minggu ini adalah Gendang 24 Musim. Sebenarnya, sebelum ini saya belum pernah mendengar dan mengetahui apakah Gendang 24 Musim. Selepas mengikuti kuliah ini, segala-galanya terungkai.



GENDANG 24 MUSIM




Pengasas kepada Gendang 24 musim ini adalah seorang guru muzik pada Jun 1988. Beliau adalah Encik Chen Wei Chong. Ensembel ini terdiri daripada 24 buah gendang besar yang diimport atau dibeli dari negara China. Ensembel ini dinamakan Gendang 24 Musim kerana setiap gendang besar ini dinamakan berasaskan satu musim pertanian yang ada di negara China. Dalam kalendar Cina, setiap musim besar, iaitu musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim dingin akan dibahagikan kepada 6 musim kecil pula. Nama musim itu ditulis pada gendang mengikut seni kaligrafi Cina. Selain itu, koreografi pergerakan pemuzik juga adalah mengikut aksi aktiviti-aktiviti pertanian yang sebenar iaitu membajak tanah, menyemai, menuai dan aktiviti-aktiviti pertanian yang lain.

Di dalam persembahan yang ditunjukkan, pemain dram akan memakai kostum tradisional lelaki Cina. Penggunaan prop lain seperti topeng, bendera berwarna-warni dan kain panjang berwarna juga digunakan. Persembahan ini akan
dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi kerajaan serta perayaan besar kaum Cina.

Dari segi penggunaan alat muzik pula, Gendang 24 Musim menggunakan
24 buah gendang shigu, iaitu dram tarian singa. Terdapat juga pasukan yang menggunakan gendang longgu. Kedua-dua buah gendang ini hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong. Gendang ini mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Selain itu juga, di dalam gendang ini terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan warna ton istimewa. Gendang ini diletakkan di atas rak kayu berkaki empat. Muka kulit gendang dipukul dengan menggunakan dua pemukul kayu.



Sekian, terima kasih


8 comments:

SMP2252 WONG SOON EN on October 30, 2010 at 8:12 AM said...

comelnya kartun tempat menydai photo dan patung itu.....

SMP2252 SALWA on October 30, 2010 at 5:27 PM said...

Gendang 24 musim ini banyak mengingatkan kita kepada keistimewaan alam semulajadi yang begitu unik dari pencipta kita...Begitu indah dan mempersonakan

CHRISTINE on October 31, 2010 at 12:28 AM said...

penerangan yang jelas...syabas saudari suriani...

aniey_annatasia on October 31, 2010 at 7:38 AM said...

SMP2252 WONG SOON EN : Thanks Ah En.... :)

SMP2252 SALWA : Ye Salwa. Jangan henti sampai di sini sahaja. Teruslah belajar mengetahui banyak lagi keistimewaan yang ada di sini... Good Luck..

Marlin on October 31, 2010 at 7:42 AM said...

Selamat bercuti Cik Suriani.. Good luck for final exam..

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 8:12 AM said...

blog yang sangat menarik dan cantik suriani...
good luck for ur exam ya....

~cikshue~ on October 31, 2010 at 8:46 AM said...

penerangan yang baik..~tahniah

~cikshue~ on October 31, 2010 at 8:46 AM said...

good luck in final exam~

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SURIANI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template