Saturday, July 31, 2010

MINGGU 3: JURNAL REFLEKSI

Assalamua'laikum dan Selamat Sejahtera.

Terlalu cepat masa berlalu dan sekarang kita telah sampai kepada posting untuk minggu ketiga. 'Content' di dalam kursus ini semakin menarik dan pastinya saya dan semua rakan-rakan semakin seronok untuk mengikuti kursus ini. Nasiblah kepada mereka yang tidak hadir ke kuliah ini ye?? Baiklah, pada minggu ketiga ini, kami semua telah didedahkan kepada kaedah klasifikasi muzik tradisional, kategori muzik tradisional, dan ciri-ciri muzik tradisional.

Apakah perspektif adaptasi dan idiosinkretik? Manurut penjelasan yang diberikan oleh En. Amran, adaptional atau penyesuaian juga dikenali sebagai berorganik. Jika dilihat dari sudut istilah berorganik itu sendiri, ia membawa erti benda hidup. Untuk dikaitkan di dalam kursus ini, benda hidup itu bukanlah bakteria ataupun manusia. Benda hidup yang dimaksudkan adalah muzik. Ya, muzik itulah suatu benda hidup yang boleh dikatakan tidak semua orang tahu dan merasainya. Pernahkan kita terfikir,kenapakah muzik dapat berkembang luas sehingga mempengarui sesuatu budaya yang terdapat di seluruh dunia? Inilah yang dikatakan muzik itu hidup. Walaupun perkembangan muzik meliputi hingga ke seluruh dunia, namun, ia tidak dapat lari dari memiliki persamaan mengikiu budaya masing-masing. Mungkin yang membezakan sesuatu muzik itu dari segi alat muzik yang digunakan, bila dipersembahkan, dan sebagainya.

Salah satu muzik yang diketengahkan di dalam kuliah pada kali ini adalah muzik ghazal. Seperti yang kita tahu, ghazal berasal dari tradisi muzik Arab. Tetapi, bila ianya sampai ke sini, telah berlaku banyak perubahan dan juga perbezaan dari segi cara penyampaian, alat muzik yang dimainkan, tarian dan sebagainya. Ghazal ini terbahagi pula kepada beberapa negeri seperti di Johor dan Penang. Apa yang menarik minat saya, En. Amran ada mengatakan bahawa penyanyi bagi sesebuah lagu ghazal itu dipanggil USTAZ. Sesuatu yang menarik, bukan? Panggil USTAZ itu adalah panggilan yang merujuk kepada 'guru'. Selepas ini, jangan pula ada yang mengatakan USTAZ naik ke pentas untuk menyanyi ghazal ya?

Pernahkah kamu semua mendengar apakah idiosyncratic? Idiosyncratic merujuk gaya atau cara tersendiri dan sulit. Ini bermaksud, sesuatu alat muzik itu masih lagi sama dan ianya berbeza mubgkin dari segi bahan yang digunakan dan sebagainya. Sebagai contoh, alat muzik gambus dan alat muzik gambus hadramaut.

Seperti yang diterangkan oleh En. Amran, budaya muzik Cina, India dan Eropah mempunyai sistem penyusunan alat muzik yang telah diklasifikasi kepada tiga iaitu perkusi (percussion), bertali(strings), dan tiupan (wind). Bagi alat tiupan (wind), ia terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu tiup kayu (woodwind) brass.

Kuliah seterusnya adalah berkaitan ciri-ciri utama muzik tradisional. Ianya terbahagi kepada dua iaitu tradisi kecil dan tradisi besar. Muzik tradisi kecil adalah muuzik tradisional budaya rakyat. Biasanya dipersembahkan semasa meraikan sesuatu acara keramaian yang rata-ratanya dihadiri oleh orang kampung atau rakyat biasa. Berlainan pula dengan muzik tradisi besar. Ianya adalah muzik budaya klasik atau istana. Muzik ini dipersembahkan dalam acara-acara besar yang melibatkan orang-orang istana dan kenamaan. Muzik tradisi Malaysia ini juga terbahagi kepada empat kategori iaitu muzik rakyat, muzik klasik, muzik sinkretik,dan muzik kontemp. Muzik rakyat adalah muzik yang tidak pernah berubah dan melibatkan kaedah peniruan (role method). Muzik ini juga mengaitkan unsur-unsur animisme di dalamnya seperti wayang kulit dan kuda kepang. Ia didominasi oleh golongan petani dan orang biasa. Muzik klasik pula menjadi asas kepada sejarah dan teorinya juga agak kukuh. Ianya terbentuk dalam transmisi intelek dan bersistematik. Muzik seperti gamelan dan nobat ini melibatkan orang-orang bandar dan istana. Muzik seterusnya adalah muzik sinkretik iaitu muzik ghazal, asli dan dondang sayang. Muzik ini menggabungkan muzik vokal dan juga tarian secara serentak. Ia juga adalah gabungan antara muzik rakyat dan juga muzik klasik yang telah menjadi sebuah budaya di bandar dan di desa. Kategori muzik yang terakhir adalah muzik kontemp. Ianya bercirikan muzik barat yang digubah leh pemuzik popular. Ia juga mempunyai sistem notasi yang bersitematik. Walaubagaimanapun, muzik ini tidak dapat bertahan lama kerana ianya akan berubah dalam jangkamasa yang singkat sahaja.


Terdapat enam ciri muzik tradisional Malaysia iaitu bentuk seni lakun utama, bentuk tarian utama, ensembel genderang, vokal dan instrumental solo, ensembel sosial popular, dan ensembel-ensembel lain. Muzik bentuk seni lakun utama adalah seperti persembahan Mak Yong, Mek Mulong, Wayang Kulit. Muzik ini bercirikan teater dan muzik wilayah,menjadikan perkusi sebagai alat muzik yang utama di dalam persembahannya. Apa yang menarik minat saya di sini adalah persembahan mek mulong yang sebelum ini tidak pernah saya ketahui. Sedikit maklumat berkaitan Mek Mulong, ianya berasal dari Ligor, Siam dan diperkenalkan di negeri Kedah ketika. Selepas berlakunya persengketaan di antara Kedah dan Siam, persembahan ini menjadi semakin terkenal di setiap pelusuk negeri. Inginkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan Mek Mulong, bolehlah klik di sini: http://ms.wikipedia.org/wiki/Mek_Mulung . Ciri yang kedua adalah muzik bentuk tarian utama. Muzik ini adalah tradisi muzik yang mengiringi tarian seperti tarian gamelan, zapin, sumazau,ngajat, dan sebagainya. Ciri yang ketiga pula adalah ensembel genderang yang mengiringi muzik bentuk tarian utama seperti kompang, hadrah, rodat, caklempong, dan sebagainya. Ciri keempat adalah vokal dan instrumental solo. Ianya juga adalah sebuah sastera secara lisan yang dipersembah dalam bentuk nyanyian. Muzik ini melibatkan seluruh aspek masyarakat. Ianya banyak dipersembahkan untuk meraikan anak yang baru lahir, sosiolisasi, dan sebagainya. Contoh vokal adalah zikir, lagu menyambut tetamu (Kayan), Pantun (Kenyah), Wa (berbentuk cerita-Kaum Kajang), Kui (Kisah penanaman padi), Timang (Iban),dan sebagainya. Ciri kelima adalah ensembel sosial popular yang dipersembahkan untuk tujuan hiburan, keramaian dan majlis perayaan. Muzik ini merupakan cantuman unsur muzik tempatan dengan unsur muzik budaya luar seperti yang terdapat dalam Ronggeng, Dondang Sayang, Keroncong, dan sebagainya. Ciri terakhir pula adalah bentuk muzik lain. Ianya belum lagi dianalisis secara mendalam. Muzik ini mempunyai pelbagai lagi genre muzik seperti jiduran berundai (Kedah) dan barongan dan bongai(N.sembilan). Bentuk Seni Lakonnya adalah seperti Rodat, Hadrah, Ghazal,Tok Slampit, Awang Batil, dan Jubang Linggang.

Secara kesimpulannya, klasifikasi, kategori, dan ciri-ciri muzik tradisional Malaysia amat luas sekali. Oleh itu, saya perlu memperbanyakkan pembacaan dan carian berkenaannya memandangkan banyak yang dipelajari di dalam kuliah yang tidak pernah saya ketahui dan terokai sebelum ini. Saya harap, dengan maklumat yang diberikan oleh En. Amran dan pengetahuan yang diambil dari sumber internet dan lain-lain dapat membantu saya dan kawan-kawan untuk lebih menerokai muzik tradisional negara sendiri. Sesungguhnya, muzik itu punyai 1001 kisah disebaliknya.

Sekian, terima kasih.

4 comments:

Marlin on July 31, 2010 at 9:03 AM said...

Ulasan yang sangat menarik Suriani. Sebenarnya, saya sangat tertarik dengan panggilan Ustaz bagi penyanyi Ghazal seperti yang diterangkan oleh En. Amran dalam kuliah minggu ke-3. Rupanya di negara kita Malaysia ini, masih banyak lagi budaya tradisional yang saya tidak tahu dan malah kebanyakan budaya tradisional khususnya yang terdapat di Semenanjung Malaysia saya tidak pernah dengar langsung. Sama-samalah kita memartabatkan muzik tradisional kita agar tidak hilang ditelan zaman.

Teoh Koh Sing on July 31, 2010 at 9:36 PM said...

tahniah suriani!!saya suka posting kamu..terutamanya penerangan tentang adaptional tu....muzik itu benda hidup!!!!yes....music is life~~~

aniey_annatasia on August 2, 2010 at 5:29 AM said...

Marlin: Terima kasih, Marlin. Saya sangat setuju dengan pendapat awak. Saya sebagai orang Melayu pun tidak mempunyai banyak pengetahuan berkaitan muzik tradisional. Sama-samalah kita cuba terokai keistimewaan muzik ini yang tidak terdapat dalam muzik negara lain.

Teoh Koh Sing: Terima kasih, Teoh. Selama ini, kita hanya tau sebut sahaja yang 'Music is Life'. Tetapi sekarang, kita sudah fahamkan? :)

~cikshue~ on August 3, 2010 at 6:59 PM said...

saya juga suka membaca kupasan refleksi ni. teruskan usaha suriani..=)

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 SURIANI Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template